Assalamualaikum dan salam sejahtera,

terlebih dahulu pihak Saleiz Webhosting ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang lebih 17 tahun kami beroperasi.

Namun dukacita ingin dimaklumkan, disebabkan masalah kewangan yang dihadapi, kami tidak dapat untuk meneruskan perkhidmatan yang disediakan.

Kami telah sedaya upaya sepanjang beberapa bulan ini untuk mendapatkan dana tambahan agar dapat menampung keperluan perniagaan ini, namun tidak berjaya.

Ada bill lebih RM60ribu++ yang perlu dijelaskan sekiranya ingin meneruskan perkhidmatan ini dan kami gagal untuk mendapatkan jumlah tersebut.

Apa yang berlaku?

Semua server kami di Amazon Web Services dan local datacenter tidak dapat diakses langsung, ini termasuklah laman-laman web kami yang menguruskan semua clients.

Jika anda ingin mendapatkan semua data-data dalam server sedia ada, kami tidak dapat nak bantu buat masa ini, kerana tanpa menjelaskan bill tersebut, kami tidak dapat mengakses semua servers yang ada di datacenter. 

Tempoh 90 hari grace period yang diberikan oleh pihak AWS pun sudah pun tamat.

Ini perkara yang tidak dirancang dan kami telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan dana agar dapat mengembalikan perkhidmatan. 

Namun ianya gagal. Buat masa ini, anda masih boleh mendapatkan domain (tanpa sebarang data) untuk dialihkan ke provider lain. 

Boleh akses domain panel di domain.saleiz.com dan dapatkan akses ke console tersebut dengan menggunakan email yang didaftarkan untuk domain anda. 

Ini adalah perkara yang berat untuk kami, tapi kami tak ada jalan lain, sejak sebelum pandemik lagi kami terpaksa menanggung kerugian untuk menaiktaraf perkhidmatan dan akhirnya memberikan impak negatif secara keseluruhan.

 

Sekian,

Saleiz Webhosting

2004 - 2022.